Isnin, 19 Mac 2012

AgAr-AgaR LaICi





Agar-agar ni sangat-sangat sedap dan sangat-sangat lembut. Dapat banyak gak, so dah bawak ke opis n alhamdulillah ramai yang ske. Huhu time kasih bebanyak pada pemilik resipi ni yang sudi berkongsi. ; )

Resipi ni diambil dari -->  resepidaria.blogspot.com
BAHAN-BAHANNYA

1 paket agar-agar (saya guna agar-agar bertali cap tiga ros)
1500ml air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair (saya guna susu Ideal)
1 tin laici
secubit garam

CARA-CARANYA

1)   Basuh agar-agar sebelum dimasukkan kedalam periuk. Masukkan agar-agar dan air
2)   Masak sehingga agar-agar larut.
3)   Apabila sudah larut baru masukkan gula. Apabila semua telah sebati, angkat dan tapis
4)   Masukkan kembali kedalam periuk dan masak semula.
5)   lender laici bersama-sama dengan airnya sekali sehingga hancur dan sehingga tiada ketulan laici.
6)   Masukkan susu cair, garam dan laici yang telah diblender tadi. Kacau rata
7)   Tuangkan kedalam tray atau acuan yang anda gemari
8)     Biar sehingga ia keras baru dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan