Isnin, 19 Mac 2012

PuDinG AiSkRim..


Resipi ni sedap sangat, lembut... macam makan aiskrim je. Hehe namanya pun puding Aiskrim.  Tapi bila kita dah potong tu, dia akan jadi berair ckit dalam bekas. Tapi x kesah le janji sedap dimakan... Memang tak rugi bagi sesape yang cuba. . Thanks pada pemilik asal resipi ni.
Resipi diambil dari --> : http://linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar 10g
  • 1 liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 5 cawan aiskrim vanila
  • 1sk esen vanila
  • Serbuk koko/choc emulco/stoberi emulco (jika suka)
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula hingga gula hancur.
  2. Masukkan susu cair,esen vanila dan aiskrim
  3. Kacau hingga mendidih.Tutup api.
  4. Sejukkan.
Option: Jika inginkan puding dwi warna,bahagikan kepada dua bahagian.Satu bahgian warna asal,dan satu bahgian lagi campurkan serbuk koko.Tuang dlm acuan dan sejukkan.Bila agar2 agak keras,tuang satu bahagian lagi ke atasnya.Sejukkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan