Isnin, 30 April 2012

PuDing Pic...


Sumber : Buku masakan 1 Hari 1 Resipi (Chef Hanieliza)




Bahan-Bahan

·         10 gram serbuk agar-agar ( 1 paket )
·         4 cawan air
·         1 cawan gula
·         1 tin susu cair (400 ml)
·         2 tin buah pic ( dipotong dadu) – saya guna satu tin sahaja
·         Air dalam tin buah pic ( ni saya tambah)

Cara-Cara

1.   Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api.
2.   Masukkan susu cair dan buah pic yang telah dipotong dadu. Kacau rata.
3.   Tuangkan dalam Loyang dan sejukkan.
4.   Hidangkan bersama lebihan buah pic.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan