Isnin, 30 April 2012

SiKaPeroK....


Sumber : Majalah








 Saya letak dua resipi yang asal dan yang dah diubah. Saya tak buat ikut resipi asal sebab x ada santan. Kalau guna resipi yang diubah tu, ok jugak cuma ada rasa pahit-pahit sikit mungkin sebab banyak sangat daun pandan tu kot n rasanya lebih baik gula tu letak 3/4 macam resipi asal. Rasa kuih ni macam kuih sekaya. Selamat Mencuba!!


Bahan- Bahan ( Ni resepi asal)
  • 1 kelapa ambil santan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 7 helai daun pandan
  • 10 biji telur
  • 3/4 cawan gula
Bahan- Bahan ( Ni resipi yang diubah sebab x ada santan)
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 7 helai daun pandan
  • 10 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil pes pandan 
Cara-Cara
  1. Masak santan hingga naik minyak anggaran 15 minit.
  2. Pukul gula dan telur ( jangan terlalu kembang)
  3. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan tuang santan/susu yang telah dimasak tadi.
  4. Letak dalam loyang yang dilapik plastik.
  5. Kukus selama 40 minit - 1 jam (sehingga masak)
  6. Kalau nak sedap, letak dalam peti baru ngap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan