Selasa, 1 Mei 2012

SaMBaL SoToNg..




Bahan-Bahan :-

·         3-4 ekor sotong ( saiz sederhana )
·         5 sudu besar lada kisar
·         4 sudu besar bawang kisar
·         Sedikit air asam jawa
·         ¼ gula Melaka (nak letak gula pun boleh)
·         Sedikit kicap ( x letak pun xpe, tapi saya lagi suka letak kicap sikit)
·         Sedikit garam
·         Hirisan bawang merah
·         ¼ cawan air

Cara-caranya :-

1.   Tumis lada kisar dan bawang kisar hingga pecah minyak.
2.   Masukkan gula melaka dan air asam jawa serta sedikit air.
3.   Bila gula melaka dah larut, masukkan sotong dan sedikit garam.
4.   Kemudian, masukkan kicap. ( jangan banyak sangat, kang jadi sotong masak kicap lak)
5.   Masukkan hirisan bawang.  Sedia untuk dihidang.


** Bawang kisar tu saya biasa buat banyak terus n simpan dalam peti, jimat masa.
    Caranya : 4-5 biji bawang besar + 6 ulas bawang putih (blend)

KaNgKuNg GoRenG IkAn MaSiN...


Bahan-Bahan :-

·         ½ biji bawang Holland ( hiris)
·         2 ulas bawang putih (hiris)
·         2-3 biji ada kecil ( hiris memanjang)
·         1 biji lada besar ( hiris memanjang)
·         Halia (hiris)
·         Sedikit ikan masin ( hiris nipis / tumbuk kasar)
·         1 ikat kangkung
·         2-3 sudu besar sos tiram
·         Sedikit air

Cara-caranya :-

1.   Tumis bawang, lada dan ikan masin.
2.   Masukkan kangkung.
3.   Masukkan air dan sos tiram. Kacau rata
4.   Sedia untuk dihidang.

Isnin, 30 April 2012

Ayam GoReng KuNyit..




Bahan-Bahan

·         2-3 ketul ayam (potong kecil-kecil)
·         1 ½ sudu kecil garam
·         1 sudu kecil serbuk kunyit
·         1 sudu kecil serbuk lada (x letak pun takpe)
·         ½ biji bawang Holland (mayang)

Cara-caranya :-

1.   Gaul ayam dengan garam, kunyit dan serbuk lada.
2.   Perap sekejap, kemudian goreng.
3.   Bila ayam dah nak masak, masukkan hirisan bawang. Goreng sekejap lagi dan sedia untuk dihidang.

PuDing Pic...


Sumber : Buku masakan 1 Hari 1 Resipi (Chef Hanieliza)




Bahan-Bahan

·         10 gram serbuk agar-agar ( 1 paket )
·         4 cawan air
·         1 cawan gula
·         1 tin susu cair (400 ml)
·         2 tin buah pic ( dipotong dadu) – saya guna satu tin sahaja
·         Air dalam tin buah pic ( ni saya tambah)

Cara-Cara

1.   Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api.
2.   Masukkan susu cair dan buah pic yang telah dipotong dadu. Kacau rata.
3.   Tuangkan dalam Loyang dan sejukkan.
4.   Hidangkan bersama lebihan buah pic.

ApAM CoMeL....


































Apam comel!!...Huhu, resipi dia saya guna resipi apam aiskrim yang saya dah penah buat dulu. Bezanya kali ni saya just buat kecik-kecik dan buat warna warni coz malas nak letak filling or nak selang-selikan warna dalam satu cup. Yang ni senang ckit, picit je adunan dalam satu-satu cup pastu kukus je. Hehe… Cuma dia jadi comel sebab letak warna warni. Bagi sesape yang nak mencuba leh amik resipi kat sini

Udang Goreng KunYiT



Bahan-Bahan

·         10-15 ekor udang
·         5-8 batang kacang buncis ( potong serong)
·         Garam secukup rasa

     Bahan Tumis :
·         2 ulas bawang putih ( tumbuk kasar)
·         ½ biji bawang Holland (mayang kasar)
·          7 biji lada kecil ( Tumbuk kasar)
·         1 biji lada besar ( hiris memanjang)


Cara-Cara

1.   Panaskan minyak.
2.   Tumis semua bahan kecuali udang dan kacang buncis.
3.   Kemudian masukkan udang, kacau hingga masak.
4.   Masukkan kacang buncis dan garam
5.   Sedia untuk dihidang.

Ayam MaSaK KiCaP


Bahan-Bahan

Halia ( 5/6 hiris)
3-4 ketul ayam
4 sudu besar bawang kisar
2 sudu besa cili kisar
kicap ( sesedap rasa)
1 biji kentang ( hiris kasar)
1/2 biji lada merah (hiris)
1/2 biji lada hijau (hiris)
1/2 biji bawang besar ( mayang kasar)
1/2 cawan air
sedikit garam

( disarankan lada kisar tu buat sendiri sebab kalau beli yang dah siap, rasa dia kureng ckit. Tapi atas citarasa masing-masing la kan.)

Cara Masak  : -

1. Tumis halia, bawang dan lada kisar.
2. Masukkan kicap (ikut citarasa masing-masing nak banyak mana)
3. Masukkan Air dan kentang (masak hingga kentang empuk.
4. Masukkan garam
5. Masukkan lada yang telah dihiris serta bawang yang dah dimayang.

SiKaPeroK....


Sumber : Majalah








 Saya letak dua resipi yang asal dan yang dah diubah. Saya tak buat ikut resipi asal sebab x ada santan. Kalau guna resipi yang diubah tu, ok jugak cuma ada rasa pahit-pahit sikit mungkin sebab banyak sangat daun pandan tu kot n rasanya lebih baik gula tu letak 3/4 macam resipi asal. Rasa kuih ni macam kuih sekaya. Selamat Mencuba!!


Bahan- Bahan ( Ni resepi asal)
  • 1 kelapa ambil santan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 7 helai daun pandan
  • 10 biji telur
  • 3/4 cawan gula
Bahan- Bahan ( Ni resipi yang diubah sebab x ada santan)
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 7 helai daun pandan
  • 10 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil pes pandan 
Cara-Cara
  1. Masak santan hingga naik minyak anggaran 15 minit.
  2. Pukul gula dan telur ( jangan terlalu kembang)
  3. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan tuang santan/susu yang telah dimasak tadi.
  4. Letak dalam loyang yang dilapik plastik.
  5. Kukus selama 40 minit - 1 jam (sehingga masak)
  6. Kalau nak sedap, letak dalam peti baru ngap!

PuDInG RoTi mArbLe





Bahan-Bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula ( saya kurangkan sikit)
  • 2 sudu besar marjerin / butter (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco
 Cara-Cara

  1. Didihkan 3 cawan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balanca aie (1/2 cawan).  Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar tadi.
  3. Masukkan butter / marjerin dan kacau hingga mendidih. Tutup api.
  4. Bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian biar warna asal dan satu bahagian lagi masukkan serbuk koko / coklat emulco. (Kalau guna serbuk koko, bancuh dulu dengan sesudu air panas.
  5. Ambil sesenduk warna asal dan tuang di tengah-tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat dan tuang atas warna asal tadi. Biar puding gerak sendiri dan hasilkan corak. Ulang langkah sampai siap.
  6. Dah siap boleh simpan dalam peti sejuk. Pastu boleh ngap! ; )

Isnin, 19 Mac 2012

PuDinG AiSkRim..


Resipi ni sedap sangat, lembut... macam makan aiskrim je. Hehe namanya pun puding Aiskrim.  Tapi bila kita dah potong tu, dia akan jadi berair ckit dalam bekas. Tapi x kesah le janji sedap dimakan... Memang tak rugi bagi sesape yang cuba. . Thanks pada pemilik asal resipi ni.
Resipi diambil dari --> : http://linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar 10g
  • 1 liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 5 cawan aiskrim vanila
  • 1sk esen vanila
  • Serbuk koko/choc emulco/stoberi emulco (jika suka)
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula hingga gula hancur.
  2. Masukkan susu cair,esen vanila dan aiskrim
  3. Kacau hingga mendidih.Tutup api.
  4. Sejukkan.
Option: Jika inginkan puding dwi warna,bahagikan kepada dua bahagian.Satu bahgian warna asal,dan satu bahgian lagi campurkan serbuk koko.Tuang dlm acuan dan sejukkan.Bila agar2 agak keras,tuang satu bahagian lagi ke atasnya.Sejukkan