Sabtu, 18 Jun 2011

Patin Masak TempoYak



Bahan-Bahan

*1-2 ulas bawang merah
*1/2 - 1 biji lada besar
*3-4 biji lada kecil
* sedikit kunyit hidup
*2 sudu besar tempoyak
- 2-3 keping ikan patin
- 1 asam keping
- sedikit daun kesum
- sedikit garam dan gula
- bunga kantan ( tak letak pun)

Cara Masak :-

1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Masak bahan kisar, pastu masukkan ikan
3. Masukkan asam keping, garam dan gula
4. Boleh masukkan serai / bunga kantan ( tak isi pun xpe)


** Kalau rasa tak cukup tempoyak, tambah lagi ikut citarasa masing-masing

SayuR LemAk Sawi


















Bahan-Bahan

- 3 ulas bawang merah ( belah 2 )
- 1 biji cili merah ( hiris memanjang)
- 1/2 kotak santan
- 1/2 - 1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk)
- 1 ekor ikan kembung / selayang / selar ( rebus dalam kuah dan tumbuk)
- sedikit garam
- sayur sawi ( nak tukar sayur kobis pun boleh, nak campur ngan lobak pun boleh)

Cara Masak :-

1.  Masukkan 1/2 kotak santan, air, bawang dan lada besar. 
2. Masukkan ikan sampai masak, angkat ikan.
3. Perisikan ikan dan tumbuk
4. Masukkan semula ikan dalam kuah bersama lada hitam yang dah ditumbuk
5. Masukkan garam
6. Sedia untuk dihidang

Jumaat, 17 Jun 2011

Udang GoReng Kari



Bahan-Bahan

- 15 ekor udang (goreng dulu)
- 2 ulas bawang putih ( cincang )
- 3 sudu besar mentega
- 2 sudu besar susu cair
- 1/2 sudu besar serbuk kari
- 7-8 helai daun kari

CARA MASAK

- cairkan mentega, tumis bawang putih
- Masukkan daun kari
- masukkan serbuk kari
- masukkan udang  dan susu cair
- masukkan telur dan sedikit garam

** serbuk kari jangan terlebih, kang pahit lak 

Isnin, 13 Jun 2011

Mee Goreng Basah


Bahan-bahan

-1/2 - 1 bungkus Mee Kuning
-2 ulas bawang putih ( diketuk )
-5 - 6 sudu besar cili kisar
-6 - 8 sudu besar bawang kisar
  ( bawang kisar ni anggaran 2 bawang besar + 3 ulas bawang putih)
-1 biji lada besar ( hiris)
-2 biji lada kecil ( hiris)
-sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis
-ayam / sotong / daging / udang
-kubis / sawi / tauge / lobak
-1 biji telur
-sedikit perahan limau nipis
-garam dan gula

Cara Masak : -

1. Tumis bawang putih yang diketuk sehingga kekuningan
2. Masukkan lada kisar dan bawang kisar
3. Masukkan sedikit gula
4. Masukkan ayam / sotong / daging / udang
5. Masukkan semua jenis sos
6. Masukkan sayur, lada besar dan lada kecil, serta sedikit garam
7. Masukkan mee kuning, jangan bagi kering sangat
8. Pecahkan telur, gaul rata
9. Sedia untuk dihidang ( perah sedikit asam limau, jika suka)

SuP CenDAwAN TeLuR PuYuh


Bahan-Bahan

- 8 biji telur puyuh (rebus)
- 10 -12 keping cendawan kelabu
- 1/2 bawang besar ( hiris)
- 3 ulas bawang putih (hiris)
- sedikit halia (hiris)
- lobak ( dipotong  bulat)
- kubis
- sedikit lada hitam ( ditumbuk)
- sedikit garam

Cara buat :-

1. Tumis bahan hiris hingga kekuningan
2. Masukkan air
3. Masukkan lobak, cendawan dan telur puyuh
4. Masukkan kobis yang telah dihiris
5. Masukkan garam dan lada hitam

* kalau nak lebih perasa boleh masukkan kiub ayam

Ahad, 8 Mei 2011

UdAng GaLaH MaSak LemAk CiLi Api

 

Bahan- Bahan

7 ulas Bawang Merah
3 ulas bawang putih
7 biji lada kecil
1 biji lada besar
sedikit kunyit hidup
(kisar semua bahan di atas)

400-500 gram udang galah ( anggaran 10 ekor) tapi saiz udang campur besar ngan kecik
1 kotak santan
2 batang serai
2 asam keping
1 biji tomato
sedikit air

Cara Masak : -

1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Masukkan santan dan air (air tu agak2 nak kuah banyak mana) tapi sesuaikan dgn santan
3. Masukkan serai, masak hingga mendidih
4. Masukkan asam keping, udang, tomato
5. Masukkan garam dan gula, perasakan.

Sabtu, 23 April 2011

SaYur PuCuk PaKU BerTeLuR




1 ikat pucuk paku
2 ulas bawang putih (hiris)
3-4 ulas bawang merah (hiris)
1 biji lada besar (hiris)
Ikan bilis
1 biji Telur
Garam

Cara masak : -

1. Tumis bahan hiris dan ikan bilis
2. Masukkan Sayur Paku Pakis
3. Masukkan telur dan garam ( gaul sebati)


Sup Ikan Merah


Bahan-bahan

2 keping ikan merah
4-5 ulas bawang merah  (kisar)
3 ulas bawang putih       (kisar)      
Sedikit halia (jika perlu) (Kisar)
1 bunjut rempah Sup Ikan Adabi
1 batang serai ( diketuk)
3 – 4 biji lada kecil
1 biji kentang
Air ( agak2 sesuai ngan kuah yang anda nak)
Daun sup
Limau nipi ( kalau suka masam2 sikit)
Cara masak  :-

1.    Tumis bahan kisar & bahan rempah ( yang ada skali dalam paket sup bunjut tu)
2.    Masukkan kentang & air , serai dan sup bunjut( biar sampai kentang empuk)
3.    Masukkan ikan, lada kecil
4.    Perahkan sedikit asam limau kalau nak masam
5.    Tutup api, masukkan daun sup yang dah dihiris dan tutupkan periuk.

APaM AiSkRiM..

Salam semua... Pagi ni mood nak wat apam naik secara mendadak, hehe. Actly dah lama nak wat tapi x cukup bahan. Resipi ni diambil dari dari blog sape pun dah x ingat le. Tapi kat situ ade tulis yang resipi ni sumber : Maklang Azie. Thankz coz sudi kongsi resipi yang sangat mudah n hasil yang sangat memuaskan hati. Dahle cantik, gebu, sedap... nyum2... So, sape2 yang belum penah wat apam tu, cuba la resipi ni, misti terasa nak buat dan buat lagi. Ok, jom tengok caner caranya :-















Bahan A
200gm gula dikisar halus
1 sudu besar ovellete
3 biji telur

Bahan B
300 g tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder

Bahan C
200 ml ice cream soda

Cara Masak :-

1. Pukul A hingga kembang, pastu masukkan bahan B, pukul hingga kembang
2. Masukkan bahan C
3. Bahagikan pada 3, satu warna asal, satu warna hijau, satu warna merah ( x pun ikut ske je nak wane ape)
4. Kukus selama 10-15 minit ( api besar baru apam pecah)

** Kalau suke leh la tambah perisa kat dalam tu, inti kelapa ke, strawberi ke, blueberry ke.

Rabu, 20 April 2011

Sotong Goreng Kunyit


  • 2-3 ekor Sotong Sederhana besar
  • 1/2 biji bawang besar holland ( yang wane kuning tu) - dimayang
  • 2 ulas bawang putih ( mayang )
  • 5 biji cili kecil ( tumbuk kasar)
  • 1 biji lada besar ( mayang)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam ( ikut tahap masin yang anda suke)
Cara Masak  :-

1. Tumis bawang besar, bawang putih, lada besar  lada kecik
2. Masukkan sotong
3. Masukkan serbuk kunyit & garam
Sedia untuk dihidang

Actly, slalu masak menu ni tapi hari ni simple ngat sebab barang xde. Nak lagi sodap n cantik, letak la kacang buncis ke, lobak ke, bunga kobis ke. Ha... yang tu lagi meriah n sedap. Menu yang simple, tapi kalau makan ngan nasi panas2.... leh tambah nasi 2,3 kali. Hehe

Sup Ayam

Assalamualaikum seme. Salam pembuka bicara n pembuka blog kz kitchen kat alam maya ni. Hehe. Masak ni memang hobi, mungkin ade jangkit2 ckit hobi bonda tercinta tapi takleh jadi sehebat dia la kan. N satu lagi hobi ialah menjengok ke blog2 masakan yang ada.

Slalu je amik2 resipi yang orang dah post, n try wat. Ade yang jadi n ade yang kene perbaiki n ade gak yang tak try2 sampai ke skang ni. hihi... kesibukan bekerja la kononnya.  Tapi pencetus semangat untuk wat blog sendiri ni datangnya dari Blog Kak Ita ( http://fromintankitchen.blogspot.com/).  Nice gler blog dia.  Geram je nengok... Blog lain pun banyak gak bagi inspirasi. Antaranya :  http://mama-hawa-nani.blogspot.com/, http://tiffinbiru.blogspot.com/.

K, sambung bab masak lak. Malam ni punya menu sup ayam ngan sotong goreng kunyit. Moh kita nengok resipinya. Kalau ade yang nak cuba pun, cuba la. Sangat mudah n hasilnya pun memuaskan ati. Tapi ni menu simple je la, budak skolah pun leh wat.





SUP AYAM

1/2 ulas bawang besar ( mayang)
2 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
sedikit halia (ketuk)
3-4 ketul ayam ( leh potong kecik2 kalau suka)
lobak
1 biji kentang
sup bunjut
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
sedikit halia (ketuk)
Lada kecil ( kalau x ske pedas, xyah tambah
garam
2 cawan air
daun sup

Cara MaSaK

1.  Tumis bawang besar ngan bawang putih sampai naik bau.
2.  Masukkan halia, ayam ( gaul2 rata)\
3.  Masukkah Kentang ngan lobak merak yang dah dipotong kiub ( or ikut ske la nak potong caner)
4.  masukkan air dan rempah sup bunjut. tunggu sampai kentang dah empuk
5.  Masukkan lada hitam, garam.
6.  Tutup api, tambah daun sup.